Monday, 12 December 2011

                 sengsara lama jangan di kenang..berjalanlah kehadapan tanpa menoleh kebelakang..cerita lama biar menjadi pengajaran untuk kita memulakan kehidupan yang akan datang..Setiap manusia hanya punya satu nyawa dan ia itu tidak lain hanyalah suatu ukuran waktu.. Jika kita mensia-siakan waktu yang ada, umpana kita telah merosakkan nyawa kita yang terakhir. setiap saat jam berdetik setiap satu perkara yang berlaku haruslah dihargai kerana detik-detik jam yang berlalu itu tidak mungkin dapat kita kembalikan masa tersebut..



Sunday, 11 December 2011

love..Cinta..

aku tak mampu memaksa cinta.
kerna cinta yang terpaksa ibarat cinta tak punya erti..
aku hanya mampu mendengar dan melihat kebahagiaan dirimu disamping insan yang lain.
tetapi ingin sekali aku mahu engkau mengetahui dan mengerti bahawa hatiku cuma satu dan ianya hanya untuk dirimu.. Nama mu telah ku ukir indah dan telah ku pahatkan didalam hatiku..
tiada apa yang mampu memadam ukiran namamu yang itu di dalam hatiku..


Thursday, 8 December 2011

Hati-Hati...

Setiap manusia lebih suka mendengar kata-kata pujian, kerna kata-kata tersebut bisa membuatkan seseorang itu tersenyum dan berbunga hatinya... Jelas sekali tiada siapa yang mahu mendengar kata-kata kritikan..
tetapi kadang-kadang kata-kata kesat atau kata-kata kritikan itu lebih mulia maksudnya berbanding kata-kata pujian yang diberikan...Kerna kadang-kandang orang yang kasar bahasanya itu mempunyai niat atau hati yang lebih baik berbanding dengan orang yang suka memberikan kata-kata manis... Dan kadangkala orang yang kita membenci itu lebih jujur pertuturannya berbanding dengan orang yang kita rapat atau yang kita sayang...


Wednesday, 7 December 2011

Peranan Kehidupan

Malam panjang akan sunyi tanpa irama alunan alam..Setiap kejadian yang diciptakan di atas maka bumi ini menpunyai peranan yang tersendiri yang telah ditentukan oleh yang maha pencipta...
Adam dicipta untuk melindungi serta membimbing kaum hawa...Begitu juga kepada kaum hawa yang dicipta sebagai pelengkap kepada kaum adam.. Bagaikan pantai yang tidak dapat dipisahkan  dengan lautan..begitu juga dengan lagu dan irama...kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain..bagi melengkapkan dan menutupi kelemahan pasangannya agar ia akan kelihatan sempurna...
Begitulah didalam perhubungan yang bernama cinta....Setiap pasangan itu haruslah mempunyai peranan dan haruslah dimainkan dengan baik bagi mendapatkan sebuah hubungan cinta yang murni....Dalam perhubungan ini saling mempercayai dan yakin terhadap pasangan adalah penting bagi setiap pasangan yang bercinta..